Sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupe kamu dan amalan kamu tetapi dia melihat kepada hati dan niat kamu"
Oleh itu,hendaklah anda membenarkan ucapan anda dengan amalan dan membenarkan amalan anda dengan niat dan ikhlas,dan membenarkan niat dan ikhlas dengan membersihkan batin dan meluruskan hati kerana hati itu adalah asal punca segala perkara.
Dalam sebuah Hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"ketahuilah, bahawa dalam tubuh badan itu ada sepotong daging,jika daging itu elok maka baiklah seluruh badannya dan jika daging itu rosak maka rosaklah seluruh tubuh badannya(hati).
Lantaran itu wajiblah anda mengambil berat terhadap hati serta menumpukan segala perhatian untuk memperbaiki dan meluruskannya.Sebab hati itu, selalu kacau-bilau.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya hati itu terletak diantara dua jari dari jari-jari tuhan.maka ia mudah diluruskannya dan ia mudah dibengkokkannya".
Allah telah berfirman di dalam surah syu'ara ayat 87 hingga 89 dan menceritakan tentang Nabi Ibrahim a.s:
maksudnya; "Dan janganlah engkau menghina aku pada hari kebangkitan yaitu hari yang tidak berguna harta benda dan anak-anak.Melainkan orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih".
Maka hendaklah anda berhati-hati dengan bersungguh-sungguh,mudah-mudahan Allah merahmati anada dan dapat menemui Allah ta'ala dengan hati yang bersih serta dalam keadaan suci dari bid'ah dan akhlak yang terkeji seprti menyombong dir dan riya' atau hasad dengki dan tipu daya dan seumpamanya.Mintalah pertolongan dari Allah ta'ala seperti ber sabar,berusaha dan mengambil berat terhadap perkara ini.
Dan banyakkanlah membaca doa,sepertimana yang tertulis didalam Al-Quran,dalam surah al-Imran ayat 8 yang bermaksud:
(mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)".
JANGAN BIARKAN HATIMU KERAS DAN LALAI
Waspadalah anda dan janganlah bersifat berkeras hati atau bersikap kasar sehingga apabila diberi nasihat seakan-akan tidak memberi kesan apa pun terhadap hatinya itu.Hati tidak akan merasa hiba apabila disebut maut dan tidak gentar apabila mendengar janji-janji balasan dari Allah dan mengenai tentang akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"yang amat jauh kepada Allah ta'ala ialah hati yang keras".
Dan sabdanya lagi:
"Ingatlah bahawa Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai".
Sifat lalai adalah sifat yang lain,tidak sama dengan sifat keras hati.Sifat ini adalah tercela dan mengandungi bahaya yang besar.Hati yang lalai ialah hati yang tidak tahu di untung dan tidak sedar ketika tidak di ingatkan dengan berbagai-bagai petunjuk dari perintah Allah ta'ala dan larangannya.Ia tidak akan mengindahkan nasihat kerana hati telah dibelengui oleh sifat lalai dan lupa diswbabkan terlalu banyak urusan pekerjaan dan permainan dari bermacam-macam keindahan dunia.
Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w di dalam surah al-A'raf,ayat 205 yang bemaksud:
"Ingatlah Tuhan didalam hatimu dalam keadaan rendah hati dan takut,dan bukan dengan suara keras diwaktu paga dan petang,dan janganlah engkau tergolong dalam kumpulan orang yang lalai".
Allah telah melarang Rasulnya supaya menjadi tidak menjadi orang yang lalai,sebagaimana dia melarang juga tidak mentaati orang-orang yang lalai atau mengikut jejak langkah mereka.
Seseorang itu dikira lalai juga apabila dia membaca al-Quran dan mendengar,akan tetapi tidak merenungkan maknanya atau mendalami maksudnya, tidak menuruti perintah dan larangannya, tidak menuruti nasihat dan teguran yang terkandung didalam ayat-ayatnya.
Walau bagaimanapun dunia ini tidak akan luput dari para alim ulama' insyallah,oleh itu kerosakan zaman telah umum dimana-mana.Perkara-perkara yang batil telah banyak tersebar sedangkan orang yang mencetuskan bermaharajalela dan meliputi orang-orang yang di peringkat tinggi dan rendah.Mereka telah membelakanggi tuhan dan membelakanggi perintahnya serta tidak menegakkan yang hak.Hanya orang-orang yang terselamat dari bencana ini sedikit sekali bilangannya malah sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Sekalipun dari umatku akan terus berdiri teguh at
as kebenaran dan tidak membahayakan mereka sesiapa yang menentangnya sehinggalah tiba dari ketentuan dari Allah ta'ala."
Ada banyak lagi berita dan cerita yang menceritakan bahawa dunia ini tidak akan luput dari orang-orang yang mempertahankan kebenaran dan berdiri diatas kitab Allah(Al-Quran) dan sunnah Rasulnya(Hadis) pada bila-bila masa sekalipun.Hanya bilangan orang-orang ini akan terus berkurangan pada akhir zaman.Mungkin juga mereka itu akan menyembunyikan diri sehingga tidak dapat dikenali oleh orang ramai,melainkan yang benar-benar mencari dan mencintai dengan penuh ikhlas.
sumber: Nasihat dan wasiat imam