ASSALAMUALAIKUM...
Firman Allah Ta'ala...
Maksudnya :"Maka dirikan sembahyang (yang menjadika tiang Agama), sesungguhnya Sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya".
Surah An-Nisa' ayat 103.
KEDUDUKAN SEMBAHYANG DALAM ISLAM
Sembahyang adalah rukun islam yang kedua.
Kesimpulan rukun islam yang kedua ialah Menggunakan segala anggota badan untuk berusaha mengerjakan dengan cara yang teratur akan amal-amal baktinya sama ada diwajibkan atau digalakkan untuk diri sendiri atau masyarakat, bagi mengenang budi dan bersyukur akan nikmat-nikmat pemberian Allah, dengan harapan untuk mencapai kebaikan dan menjauhkan perkara-perkara yang merosakkan, serta mengingati Allah dengan sepenuh harapan mencapaai kebaikkan dan menjauhkan perkara yang merosakkan, serta mengingati Allah dengan sepenuh-penuh kesedaran dan berdoa kepadanya memohon taufiq da hidayahnya kejalan yang diredhai.
Hakikat ini telah diterangkan dalam sebuah hadis yang berbunyi :
"Dari Mua'zi r.a.,katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah (melafazka dua kalimah syahadah yang mengesahkan) islam.Dan (dengan itu) sesiapa yang telah islam : selamatlah ia (didunia dan akhirat );dan (selain itu) tiang agama pula adalah sembahyang..." Riwayat Al-Tabrani
Hadis ini menegaskan tentang kedudukan "sembahyang" dalam sebagai "tiang Agama".
"sembahyang", kata Imam Al-Ghazali rahmatullah, "mengandungi rahsia-rahsia yang kerana ia disifatkan menjadi tiang Agama, diantaranya ialah sifat tawadhuk yakni dikehendaki mngerjakan denga sepenuh-penuh hormat dan patuh denga melakukan rukuk dan sujud (kepada Allah yang Maha Pencipta).
Al-A'lamah al-Manawi rahmatullah pula berkata : "sembahyang itu ialah ibu ibadah.Ia juga alat penghubung orang yang mengerjakannya untuk bermunajat (menghadap dan merayu kepada Maha Pencipta).
HUKUM ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG...
Sembahyang yang lima waktu ini tidak boleh sesama sekali ditinggalkan atau dicuaikan oelh seseorang islam walau satu waktu pun dalam segala keadaan ,selagi sempurna akalnya, sekalipun ia sakit tenat.
kalau ia tidak dapat berdiri sembahyang kerana uzur, ia bleh sembahyang dalam keadaan duduk.
Jika tidak dapat sembahyang dalam keadaan duduk, ia blehh sembahyang dalam keadaan berbaring (dengan mengiring kesebelah kanan atau sebelah kiri atau pun dengan keadaan terlentang).
Dalam Al-Quran telah diberi amaran mengenai orang-orang yang mencuaikan sembahyang.
fimannya di dalam surah Maryam ayat 59-60 .
Maksudnya: "Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka,
"kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh".
Sebahagian Ulama' memberi penjelasan yaitu :
- jika orang yang meninggalkan sembahyangi itu mengingkari wajibnya,
maka ia menjadi kufur dan wajib dihukum (oleh pihak yang berkuasa jika ia tidak bertaubat dan kembali kepada islam) kerana ia telah mendustakan Allah Taa'la yang menerangkan wajibkan sembahyang itu.
kalau ia meninggalkan sembahyang (kerana malas semata-mata) sedang ia tetap percaya tentang wajibnya sembahyang,maka ia dikira menderhaka (berdosa besar) dan wajib dihukum dengan seberat-beratnya (jika ia masih berdegil dalam keselahannya itu).
CACATAN DARI KITAB MASTIKA HADIS RASULULLAH S.A.W
0 ulasan:
Post a Comment