HAIDH.
APAKAH HAIDH ?
Haidh adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haidh, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembasan hormone yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haidh.
Syadatina Aisyah r.a berkata :
Yang bermaksud :
“kami pernah keluar bersama Nabi SAW untuk menunaikan Haji. Apabila kami sampai di Sarif (nama sebuah tempat yang berdekatan mekah sejauh sekira-kira sepuluh batu), saya kedatangan haidh. Lalu Nabi menemui saya dalam keadaan saya sedang menangis. Baginda bersabda : “Mengapa dengan kamu, adakah kamu kedatangan darah? Saya menjawab : Ya. Baginda bersabda : sesungguhnya ini adalah suatu urusan yang telah ditentukan Allah kepada perempuan-perempuan keturunan Adam, oleh itu kerjakanlah amalan yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji kecuali jangan kamu tawaf di Baitulah melainkan setelah kamu mandi”
Hadis di atas dengan jelas menyatakan haidh adalah fitrah kaum wanita yang normal dan telah ditentukan Allah SWT dengan penuh hikmah. Malahan haidh juga menunjukkan kesuburan seseorang wanita.
2.FUNGSI HAIDH
Apakah Fungsi Kitaran Haidh Dan Bagaimana Ia Terjadi?
Kitaran haidh berfungsi menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahin untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenarasi dan dibuang besama bahan-bahan lain daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.
Proses haidh akan membuang keluar darah, mucus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haidh).
HUKUM MEMPELAJARI FIQH WANITA.
Apakah Hukum Mempelajari Perkara Yang Berkaitan Dengan Haidh?
Mengetahui hukum hakam mengenai haidh adalah fardhu ain bagi setiap wanita Islam. Ianya wajib dipelajari walaupun terpaksa keluar dari rumah kerana tujuan tersebut.
Al-Khatib al-Syirbi berkata : “Seorang perempuan wajib keluar untuk mempelajari hukum-hakammberkaitan dengan haidh, istihadhah dan nifas. Jika si suami mengetahui, dia wajib mengajar isterinya.
Jika si suami tidak mampu menerangkan hukum-hakam berkenaan haidh maka perempuan boleh keluar untuk bertanyakan para Ulama’. Malahan ia wajib keluar untuk mempelajarinya dan haram kepada suami menghalangnya keluar kecuali jika suami mampu memberikan jawapan apabila ditanya,maka memadailah dengan jawapan si suami. Perempuan tidak boleh keluar untuk menghadiri majlis zikir atau majlis ilmu kecuali dengan izin suaminya.
PENGERTIAN HAIDH
Apakah Pengertian Haidh?
Dari segi bahasa : haidh ialah turun sesuatu secara mengalir.
Dari sudut syara’ : haidh ialah darah yang keluar dari rahim wanita yang sudah baligh kerana fitrah semulajadi kejadiannya, bukan keran penyakit. Ia adalh darah tabie yang keluar dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu bukan keran sakit, luka, keguguran atau kelahiran.
Fiman Allah SWT : “WAYAS ALU NAKA A’NIL MAHIDH KHUL HUWA AZA”
Yang bermaksud : “Mereka bertanya kepadamu tentang haidh : Haidh itu adalah suatu kotoran”.
Haid dinamakan sebagai (AZA) kotoran, baunya yang busuk dan boleh mendatangkan kemudaratan.
HIKMAH HAIDH
Apakah Hikmah Haidh Kepada Kaum Perempuan?
Banyak hikmah yang tersirat disebalik ketentuan Allah menjadika kaum hawa didatangi haidh. Diantara hikmahnya ialah janin yang berada dalam perut ibunya tidak mungkin mendapat makanan seperti orang yang diluar. Ini keran tidak mungkin bagi seorang ibu untuk menyampaikan makanan kepada anaknya dengan cara yang biasa.
Atas sebab ini Allah Ta’ala menjadikan makanan untuk janin dalam perut ibu daripada darah ibunya. Ia tidak memerlu kepada pemakanan biasa (solid food) dan penghadaman. Zat makanan yang berada dalam darah ibu sampai ke dalam badan janin melalui pusatnya dan lantas memasuki urat-urat sarafnya. Inilah cara janin mendapat makanan.
Inilah antara hikmah darah haidh. Oelh itu apabila berlaku kehamilan seorang wanita terputus haidhnya.
Amat jarang berlaku haidh ketika hamil.
Demikian juga sebagai ibu-ibu yang menyusu, sangat sedikit dikalangan mereka yang datang haidh terutamanya di awal masa menyusu.
WARNA DARAH HAIDH.
Apakah Warna Darah Haidh?
Darah haidh berubah-rubah dari mula ia keluar sehingga ia berakhir. Warnanya juga berubah mengikut fizikal seseorang wanita, iklim dan persekitaran tempat tinggalnya.
Dalam satu hadis riwayat oleh Abu Daud, al-Nasa’ie dan al-hakim menyatakan darah haidh berwarna hitam. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya darah haidh itu adalah darah hitam yang diketahui (warna dan baunya)”.
Menurut ulama’ Hanafi pula terdapat enam warna darah haidh iaitu hitam, merah, kuning, keruh, hijau, dan warna seperti tanah.
CIRI-CIRI DARAH HAIDH.
Apakah Ciri-ciri Darah Haidh?
Nabi SAW menyifatkan cirri-ciri darah haidh seperti berikut :
1. 1. Keadaan pekat dan keluar berbuku-buku.
2. 2. Ianyan terasa hangat kerana kepanasan darah tersebut.
3. 3. Ia keluar dengan perlahan dan tidak mengalir sebagai cairan yang biasa mengalir.
4. 4. Ia mempunyai bau yang busuk dengan warnanya yang hitam dan sangat merah.
PERISTIWA AWL HAIDH.
Bilakah Peristiwa Permulaan Haidh Berlaku Kepada Kaum Perrempuan?
Sebahagian besar ulama’ mengatakan perempuan pertama yang berhaidh ialah ibu kita Hawa, setelah turun dari syurga ketika memecahkan pohon gandum dan mengeluarkan airnya, Allah berfirman kepadanya: “ Demi kemuliaan dan kebesaranKu, Aku akan mengalirkan darhmu sebagaimana engkau mengalirkan air pohon ini”.
UMUR MULA HAIDH.
Bilakah Umur Seseorang Perempuan Itu Mulai Haidh?
Imam-imam mazhab yang empat berpendapat sekurang-kurang umur berlakunya haidh kepada seseorang perempuan ialah berumur Sembilan tahun. Ianya berdasarkan kebiasaannya kaum perempuan tidak didatangi haidh sebelum umur Sembilan tahun.
Imam syafie r.a berkata : “ Paling menakjubkan apa yang saya pernah dengar tentang perempuan yang kedatangan haidh ialah golongan perempuan Tihamah yang kedatangan haidh ketika berusia Sembilan tahun”.
Kebiasaan haidh berlaku kepada kaum perempuan di antara usia dua belas tahun hingga lima puluh tahun. Haidh juga boleh berlaku kepada perempuan berusia lebih lima puluh tahun berdasarkan kepada keadaan fizikal, suasana persekitaran dan iklim yang dialaminya.
Syaidatina ‘Aisyah berkata : “ Apabila seseorang budak perempuan telah berumur Sembilan tahun, dia dianggap wanita (dewasa)”.
Bagaimana Jika Darah Keluar Sebelum Umur Mencecah Sembilan Tahun?
Jika darah keluar kepada seorang perempuan sebelum umurnya genap Sembilan tahun maka darah itu bukannya darah haidh.
Imam Syafie r.a berkata : “ Jika seseorang perempuan keluar darah sebelim genap usia Sembilan tahun maka ia adalah darah fasiq (rosak) dan tidak dikatakan darah “istihadhah” kerana istihadhah hanya berlaku selepas berlaku haidh”.
HAIDH TANDA BALIGH
Adakah Haidh Tanda Baligh Seseorang Perempuan?
Ya, haidh ialah tanda baligh bagi orang perempuan. Apabila seorang perempuan mula kedatangan haidh maka dia mula bertanggungjawabkan dengan hukum-hakam syara’ dan menjadi seorang mukallaf.
Ibn al-Jauzi r.a berkata : “Perempuan menjadi baligh dengan salah satu daripada lima perkara :
1. 1. Mimpi.
2. 2. Genap usia lima belas tahun.
3. 3. Tumbuh bulu kemaluan.
4. 4. Kedatangan haidh.
5. 5. Mengandung.
Apabila terdapat salah satu daripada 5 perkara ini pada seorang perempuan maka ketahuilah bahawa dia telah mula ditaklifkan dan dia berhak diseksa apabila meninggalkan kewajipan”.
USIA MENOPAUS.
Bilakah Usia Seseorang Perempuan Akan berhenti haidhnya (menopaus)?
Terdapat pelbagai pandangan fuqaha’ menentukan usia berakhirnya haidh kerana tiada nas yang Qat’i menyebutkan tentangnya. Pandangan tersebut adalah seperti di bawah :
1. Menurut ulama’ mazhab syafie bahawa menopaus ialah 62 tahun. Ada juga ulama’ mazhab Syafie menyatakan bahawa tidak ada had maksimum bagi penamat haidh.
2. Ulama’ mazhab Hanafi menyatakan usia menopaus ialah ketika berusia 55 tahun hingga 60 tahun.
3. Ulama’ mazhab Maliki menyatakan usia menopaus ialah 70 tahun dan perempuan yang berusia antara 50 hingga 70 tahun.
4. Ulama’ mazhab Hambali menyatakan tidak ada haidh selepas 50 tahun, berdasarkan ucapan Aisyah r.a yang berkata : “ Apabila seorang perempuan sampai usia 50 tahun maka keluarlah dia daripada batasan (umur) haidh”.
TEMPOH MINIMUM HAIDH.
Berapakah Tempoh Minimum Keluarnya Darah Haidh?
Tempoh minimum keluarnya darah haidh ialah sehari semalam iaitu 24 jam. Tempoh ini berdasarkan kajian umum terhadap majority kaum wanita. Darah yang keluar yang tempohnya mengcukupi sehari semalam atau lebih dalah darah haidh.
Menurut ulama’ mazhab Maliki tiada had bagi minimum bagi tempoh haidh, malahan darah yang keluar sekali walaupun tidak mencukupi sehari semalam di kira sebagai darah haidh.
Menurut ulama’ mazhab Hanafi seperti Sufiyan al-Thauri da ulama’ Kufah menyatakan tempoh minimum haidh ialah tiga hari tiga malam.
TEMPOH KEBIASAAN HAIDH.
Berapa Lamakah Tempoh Kebiasaan Keluarnya Darah Haidh?
Tempoh kebiasaan keluarnya darah haidh ialah 7 atau 8 hari. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW kepada Hamnah binti Jahsy r.a :
Maksudnya : “ Setelah kamu kedatangan haidh selama 6 atau 7 hari seperti dalam pengetahuan Allah maka mandilah. Dan apabila kamu telah suci dan bersih maka tunailah sembahyang dalam masa 24 malam atau 23 malam dan berpuasalah. Sesungguhnya yang demikian itu memadai bagimu dan demikianlah hendaknya kamu lakukan pada setiap bulan sebagaimana perempuan-perempuan lain yang kedatangan haidh dan sebagimana mereka suci pada tempoh haidh dan tempoh suci mereka”.
TEMPOH MAKSIMUM HAIDH.
Berapa Lamakah Tempoh Maksimum Keluarnya Darah Haidh?
Terdapay beberapa pandangan ulama’ mengenai tempoh maksimum keluarnya darah haidh seperti :
1. Menurut ulama’ mazhab Syafie, Maliki dan Hambali bahawa tempoh maksimum keluarnya darah haidh ialah 15 hari 15 malam walaupun darah itu keluar terputus-putus.
Ianya bberdasarkan istiqra dan ucapan Syaidina Ali r.a: “Darah yang melebihi 15 hari adalah darah istihadhah”.
2. Imam Ahmad berpendapat tempoh maksimum keluarnya darah haidh ialh 17 hari.
3. Ulama’ mazhab Hanafi tempoh maksimum keluarnya darah haidh ialah 10 hari. Hal ini berdasarkan hadis Wafhilah bin al-Aswa’ r.a bahawa Nabi SAW bersabda : “ Sekurang-kurang haidh ialah 3 hari paling lama ialah 10 hari”.
Daripada Abi Umamah r.a bahawa Nabi SAW bersabda : “Haidh tidak berlaku lebih dari 10 hari dan kurang 3 hari”.
Diriwayatkan bahawa Anas r.a berkata : “Haidh berlaku dalam masa 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,dan 10 hari.
Imam al-Nawawi menyebutkan : Hadia Wathilah bin al-Asqa’, hadis Anas dan hadis Umamah kesemuanya adalah hadis dhaif dan para ulama’ hadis berpendapat kedhaifannya.
Pandangan yang tepat :
Jumhur ulama’ mengemukakan dalil bahawa tempoh minimum haidh ialah sehari semalam dan tempoh maksimum ialah 15 hari berdasarkan kepada suasana dan adat kebiasaan.
DARAH KURANG SEHARI SEMALAM.
Bagaimana Jika Tempoh Darah Yang keluar Tidak mencukupi Sehari Semalam?
Uulama’ mazhab syafie berpendapat jika darah yang keluar tidak mencukupi tempoh sehari semalam ianya dikira darah istihadhah.
DARAH KUANG SEHARI SEMALAM.
Adakah Wajib Mandi Jika Darah Itu Berhenti Keluar Sebelum Cukup Sehari Semalam?
Menurut fuqaha’ Syafie sekurang-sekurang haidh ialah sehari semalam. Oleh itu perempuan yang berhenti darahnya sebelum sehari semalam tidak dikira sebagai haidh dan tidak wajib mandi.
DARAH KELUAR LEBIH 15HARI.
Bagaimanakah jika darah keluar melebihi 15 hari 15 malam?
Ulama mazhab Syafie berpendapat jika darah yang keluar selepas 15 hari 15 malam ianya dikira istihadhah.Selepas hari ke 15 perempuan tersebut wajib mandi dan melaksanakan ibadah fardhu.
TEMPOH SUCI MINIMUM ANTARA DUA HAIDH.
Berapakah tempoh suci yang minimum antara dua haid?
Tempoh suci yang minimum yang memisahkan di antara dua haidh ialah 15 hari.
Inilah pendapat Jumhur ulama dari kalangan Ulama mazhab Maliki,Syafie,dan Hanafi. Ini kerana dalam satu bulan kebesiaannya berlaku tempoh haidh dan tempoh suci. Memdangkan tempoh paling lama haidh ialah 15 harimaka tempoh minimum suci ialah 15 hari.
Tempoh suci ialah baki hari masa satu bulan yang perempuan tersebut kedatangan haidh.
Ini adalah kerana biasanya seorang perempuan kedatangan haidh hanya sekali dalam sebulan. Oleh itu jaika haidnya datang selama 7 hari maka sucinya ialah 23 hari iaitu baki hari sebulan yang dia kedatangan haidh itu.
TEMPOH SUCI MAKSIMUM ANTARA DUA HAIDH.
Berapa Lamakah Tempoh Suci Yang Maksimum Antara Dua Haidh?
Tidak ada had bagi tempoh maksimum suci, kerana dikalangan perempuan ada yang kedatangan haidh setahun sekali dan ada yang kedatangan haidh hanya sekali seumur hidup dan ada yang langsung tidak pernah kedatangan haidh seperti yang terjadi kepada Fatimah al-Zahra’ r.a.
DARAH KELUAR KETIKA HAMIL.
Bagaimanakah Dengan Darah Yang Keluar Ketika Perempuan Hamil?
Pelbagai pandangan ulama’ fiqh mengenai darah yang keluar ketika perempuan hamil sama ada ianya darah haidh atau istihadhah, ianya seperti:
1. Imam Malik,iam al-Laithi dan imam al-Syafie melalui qaul jadidnya menyatakan perempuan yang hamil boleh kedatangan haidh. Ini adalah kerana setiap darah yang keluar samaada darah semulajadi atau darah penyakit, sedangkan perempuan tersebut tiada penyakit. Oelh itu, dianggap darah haidh.
Imam Malik meriwayatkan bahawa Aisyah r.a menyebutkan tentang perempuan hamil yang mendapati darah keluar darinya dengan berkata : “Dia hendaklah meninggalkan sembahyang”.
2. Imam Abu Hariifah, (26)nAhmad al-Thauri dan al-Zuhri berpendapat bahawa orang yang hamil tidak mungkin kedatangan haidh dan darah yang keluar ketika hamil adalah darah fasiq (rosak) dan berpenyakit.
Kewujudan haidh merupakan anda bersihnya rahim da membuktikan bahawa orang yang hamil tidak kedatangan haidh. Sayyidah Aisyah r.a pernah mengandung tidak kedatangan haidh.
DARAH KELUAR BERTERUSAN.
Adakah Dikira HAidh Apabila Darah keluar Berterusan Sepanjang Tempoh Haidh?
Ya, para fuqaha’ sependapat bahawa yang keluar berterusan sepanjang tempo haidh adalah darah haidh.
DARAH KELUAR TERPUTUS-PUTUS
Adakah Dikira Haidh Apabila Darah Keluar Terputus-putus Sepanjang tempoh Haid ?
Ya, para fuqaha’ sependapat bahawa haidh tidak disyaratkan dengan darah keluar terputus-putus ianya yeyap dikira sebagai haidh.
DARAH KELUAR BERSELANG-SELI.
Bagaimanakah Jika Haidh Keluar Berselang-seli Hari Dalam Tempoh Haidh?
Ulama’ mazhab Syafie pula berpendapat hari yang tidak keluar darah semasa tempoh haidh dikira sebagai haidh dengan 3 syarat :
1. Hendaklah hari itu berada antara hari-hari darah haidh.
2. Hendaklah hari itu tidak melepasi 15 hari.
3. Darah yang keluar tidak kurang dari tempoh minimum haidh iaitu 24 jam.
DARAH KELUAR SEBELUM BERSALIN.
Bagaimana Juka Sekiranya Darah Keluar Sebelum Bersalin ?
Para ulama’bersependapat bahawa darah yang keluar sejurus selepas bersalin adalah darah nifas.
Berselish pendapat mengenai darah yang keluar sebelum bersalin mengikut jarak masa yang hampir iaitu dua hari atau tiga hari sebelum bersalin, dan disertai dengan rasa sakit untuk bersalin. Dalam hal ini terdapat dua pendapat, iaitu :
1. Kebanyakan ulama’ mazhab Syafie berpendapat bahawa darah itu bukannya darah nifas.
2. Ulama’ mazhab Hambali pula menganggap darah itu sebagai darah nifas dengan syarat berlakunya sebelum bersalin dalam jarak waktu yang dekat seperti dalam dua hari atau tiga hari berserta rasa sakit bersalin.
Para ulama’ bersepakat bahawa darah yang keluar dalam jarak waktu yang lama atau dalam jarak waktu yang dekat tetapi tidak disertai rasa sakit untuk bersalin maka ia bukan darah nifas.
DARAH KELUAR KETIKA BERSALIN
Bagaimana Dengan Darah Yang Keluar Ketika Bersalin ?
Terdapat dua pandangan ulama’ mengenai darah yang keluar ketika bersalin atau sakit ketika hampir bersalin sepeti berikut :
1. Ulam’ mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat bahawa darah itu bukannya darah haidh kerana ianya berkait dengan hampir bersalin.
Al-Syarqawi menyatakan ianya adalah darah fasiq (rosak). Selagi kesemua bahagian tubuh bayi belum terpisah dari ibunya ketika bersalin maka dia masih dianggap orang yang hamil. Oelh itu darah yang keluar tidak dikira sebagai nifas. Hal ini kerana darah nifas ialah darah yang keluar selepas selesai bersalin dan selepas keluarnya bayi.
2. Ulama’ mazhab Maliki dan Hambali berpendapat bahawa darah yang keluar ketika bersalin ialah darah nifas
TANDA HAIDH BERAKHIR.
Apakah Tanda Haidh Berakhir ?
Menurut mazhab Hanafi, Syafie dan Maliki antara tanda haidh berakhir ialah darah atau cairan kuning keruh berhenti keluar dan biasanya diikuti dengan lendiran putih.
Imam al-Nawawi r.a menyatakan : “Tanda keputusannya haidh dan bermulanya tempoh suci ialah darah atau cairan kuning keruh berhenti keluar. Apabila darah berhenti keluar maka perempuan itu menjadi suci walaupun selepas itu keluar lembapan berwarna putih.
Adakalanya dikalangan sahabiyyat telah menghantar kepada ‘AisyaH bekas yang ada padanya kapas yang mengandungi al-Sufrah, maka Aisyah menjawab : “Jangan kamu semua segera (bersuci) sehingga kamu semua melihat suatu seperti benang putih ( yang keluar selepas dara bercampur al-Sufrah)”.
Beliau bermaksud ianya masih berada di dalam haidh sehingga kapas yang digunakan untuk menutup haidh seolah-olah berwarna seperti kapur yang tidak bercampur dengan warna kuning.
Asma’ binti Abu Bakar r.a pernah ditanya sedikit warna kuning, lalu beliau berkata : “ Tinggalkan sembahyang selagi mereka mendapatinya seperti itu sehinggalah mereka melihatnya susu yang bersih.
GUNA UBAT AGAR HAIDH KELUAR.
Apakah Hukum menggunakan Ubat Agar Haidh Muda Keluar ?
Tidak mengapa bagi seseorang perempuan menggunakan sesuatu yang membolehkan darahnhaidh keluar jika tidak memudaratkan dirinya.
Menggunakan sesuatu yang menyebabkan darah haidh keluar adalah harus dengan dua syarat :
1. Tidak bertujuan menggugurkan kewajipan seperti menggunakannya di saatnya hampir Ramadhan agar tidak berpuasa dan seumpamanya.
2. Ianya dilakukan dengan keiziana suami kerana dengan kedatangan haidh menghalang suami daripada persetubuhan. Oleh itu tidak harus menggunakan sesuatu yang menyebabkan terhalang hak suaminya kecuali dengan izinnya.
Jika seoran perempuan yang dicerai dan menggunakan bahan yan mendatangkan haidh tanpa keizinansuaminya akan mempercepatkan gugur hak suami untuk merujuk kembali jika di dalam penceraian yang boleh dirujuk.
.
UBAT MENAHAN HADH KELUAR.
Apakah Hukum Menggunakan Ubat Agar Haidh Berhenti Keluar ?
Harus bagi seseorang perempuan menggunakan sesuatu yang boleh menghalang kedatangan haidhnya jika tidak memudaratkan dirinya.
Menggunakan sesuatu untuk menghalang haidh dari keluar adalah harus denga dua syarat :
1. Dia tidak bimbang berlaku kemudaratan terhadap dirinya. Jika ia bimbang berlaku kemudaratan maka tidak harus dilakuakan bedasarkan firman Allah :
“ wala tulqu biaidikum ilad tahlukah “
Maksudnya : “ Dan Janganlah kamu menjatuhkan diri mu sendiri kedalam kebinasaan “
2. Dilakukan dengan keizanan suami.
Tidak harus perempuan yang berada di dalam eddah talak rajie melakukan sesuatu boleh menghalang kedatangan haidhnya dengan tujuan memanjangkan eddahnya sehingga menyebabkan suaminya terpaksa mengeluarkan nafkah yang lebih untuknya.
Begitu juga jika menghalang kedatangan haidh akan menyebabkan perempuan itu tidak boleh mengandung maka ia perlulah mendapat izan suaminya.
Jika ia menggunakan ubat yang menybabkan terputusnya haidh bukan pada waktunya yang biasa maka ia dianggap sebagai suci dan eddahnya juga tamat disebabkan terputusnya haidh itu.
Seseorang perempuan tidak boleh menghalang kedatangan haidhnya atau menyegerakan kedatangannya jika menyebabkan terjejas kesihatannya, kerana memelihara kesihatan merupakan satu kewajipan.
Bagaimana Jika Cecair Yang Keluar Berwarna Kekuningan atau Kekeruhan ?
Kadangkala ada cecair yang keluar daripada kaum wanita yang berwarna kekuningan atau kekeruhan seperti berikut :
1. Berwarna kekuningan seperti air yang keluar akibat luka, ia dikenali sebagai Sufrah.
2. Berwarna kekeruhan antara kuning dan hitam, ia dikenali sebagai khudrah.
Sufrah atau Khudrah jika ia mengalir keluar ketika sedang haidh atau bersambungan di akhir masa haidh, sebelum suci, maka ia dikategorikan sebagai haidh dan diwajibkan keatasnya hukum-hukumm yang sama dengan darah haidh biasa.
Jika ia mengalir keluar secara terpisah bukan pada masa haidh, yakni dalam masa suci, maka ia tidak dikategorikan sebagai haidh.
Kebanyakan ulama’ berpendapat warna kekuningan atau kekeruhan tidak dianggap haidh jika kedatangannya bukan pada waktu haidh. Jika kedatangannya pada waktu haidh maka ia dikira sebagai darah haidh.
Ini adalah pendapat ulama’mazhab Syafie yang diriwayatkan daripada Syaidina Ali berdasarkan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Umini ‘Atiyyah r.a katanya “kami tidak mengira (cecair yang berwarna) kekeruhan dan kekuningan (jika ia keluar) selepas suci sebagai apa-apa (yakni bukan haidh).”
Ada dikalangan sahabiyyat telah menghantar kepada ‘A’isyah bekas yang da padanya kapas yang mengandungi al-Sufrah, maka aisyah menjawab: “Jangan kamu semua segera (bersuci) sehingga kamu semua melihat sesuatu seperti benang putih (yang keluar selepas berhenti darah bercampur al-Sufrah tersebut).”
Abu Yusuf mengatakan : “Warna kekuningan adalah haidh sementara warna kekeruhan bukanlah haidh kecuali jika didahului oleh darah”.
Abu Thaur berpendapat bahawa jika warna kekuningan atau kekeruhan itu didahului oleh darah maka kedua-duanya dikira sebagai haidh. Jika warna tersebut itu tidak didahului oleh darah maka ianya tidak dikira sebagai haidh.
Imam Malik berpendapat : “Ia dikira sebagai haidh samada pada waktu haidh atau bukan waktu haidh”.
HAIDH TIDAK MENGALIR
Bagaimana Jika Darah Haidh Tidak Mengalir ?
Jika darah haidh tidak mengalir, seperti menjadi kering atau hanya lembab, maka hukumnya terbahagi kepada dua:
1. Jika ia berlaku ketika sedang haidh, atau bersambungan di akhir masa haidh, sebelumsuci, maka ia dikategorikan sebagai haidh dan diwajibkan ke atasnya hukum-hukum yang bersamaan dengan darah haidh biasa.
2. Jika ia berlaku selepas haidh, yakni dalam masa suci,maka ia tidak dikategorikan sebagai haidh.
Apakah Ibadah-ibadah Yang Boleh Dilakukan Oleh Perempuan Yang Haidh ?
Haidh tidaklah menghalang kesemua jenis ibadat. Oleh ituperempuan yang berhaidh boleh menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah seperti berzikir, bertakbir, bertasbih, bertahmia, bertahlil, memebaca basmalah, membaca hadis,fiqh, berdoa, mengucapkan salam, mendengar al- Quran.
Perempuan yang haidh dan bernifas juga boleh menghadiri semua tempat untuk melakukan ibadat haji seperti tempat wuquf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, wuquf di Masy’aril Haram, melontar jamrah, bermalam di Mina, bertakbir pada hari-hari Tasyriq dan melakukan korban untuk dirinya. Namun dia tidak boleh tawaf di Baitullah kecuali setelah suci daripada haidh.
HUKUM BERKAITAN DENGAN HAIDH.
Apakah Hukum-Hakam Ynag Berkaitan Dengan Haidh ?
Jalaluddin al-Suyuti menyebutkan di dalam kitab al-Asybah Wal Nazair : terdapat 20 hukum yang berkaitan denganhaidh iaitu 12 hukum yang haram yang terdiri daripada 9 hukum diharamkan kepada kaum perempua itu sendiri, 3 hukumlagi diharamkan kepada pihak suami dan 8 perkara diharuskan kepada mereka berdua.
SEMBILAN HUKUM YANG HARAM KEPADA KAUM PEREMPUAN :
1. Solat
2. Sujud Tilawah
3. Sujud Syukur
4. Tawaf
5. Puasa
6. Iktikaf
7. Masuk Ke Masjid Jika Dibimbangi Mencemarkan
8. Membaca Al-Quran, Menyentuh Mashaf Dan Menulisnya.
9. Bersuci (dari hadas)
TIGA PERKARA YANG DIHARAMKAN KEPADA PIHAK SUAMI :
1. Persetubuhan.
2. Talaq .
3. Beristimta’ Di Antara Pusat Dan Lutut Menurut Pendapat Yang Lebih Kuat.
PERKARA YANG DIHARUSKAN:
1. Baligh
2. Mandi
3. Eddah
4. Istabra’ Iaitu Memastikan Tiada Anak Di Dalam Rahim.
5. Memastikan Kebersihan
6. Menerima Perkhabaran Perempuan Ynag Haidh
7. Gugur Kefarduan Sembahyang.
HUKUM BERSUCI KETIKA HAIDH
Bolehkah Perempuan Yang Haidh Bersuci Dengan Niat Mengangkat Hadas ?
Haram ke atas perempuan haidh bersuci dengan niat mengangkat hadas (seperti mandi wajib da wudu’)
Bertujuan untuk beribadat sedangkan dia mengetahui ianya tidak sah kerana dia dianggap mempermain-mainkan ibadat.
Tidak mengapa jika tujuannya hanya untuk membersihkan diri seperti mandi sunat semasa menunaikan haji atau mandi untuk menghilangkan kotoran pada badan.
Ulama’ Hanafi pula berpendapat haidh menghalang sahnya taharah tetapi tidaklah haram. Perempuan yang berhaidh digalakkan berwuduk setiap kali waktu sembahyangdan duduk ditempat sembahyangnya sambil bertasbih dan bertahlil sekadar waktu sembahyang. Ianya bertujuan agar dia tidak melupai kewajipan yang biasa dilakukannya.
MANDI JUNUD KETIKA HAIDH.
Perlukah Mandi Junub Bagi Perempuan Yang Berjunub Kemudian Datang Haidh ?
Perempuan yang junub kemudian datang haidh boleh menggabungkan mandi junub dengan manidi haidh setelah dia suci dari haidh.
Imim Malik berpendapat jika perempuan yang junub tersebut mandi hadas ketika haidh mandian tersebut adalah sah.
HUKUM MENGUNTING RAMBUT DAN MEMOTONG KUKU KETIKA HAIDH.
Adakah Hukum Mengunting Rambut Atau Kuku Yang Dipotong Semasa Haidh ?
Makruh memotong rambut atau kuku ketika haidh. Ianya tidaklah berdosa apatah lagi jika kuku yang panjang boleh membawa kotoran dan penyakit.
0 ulasan:
Post a Comment