Cinta kerana kerana Allah itu merupakan semulia-mulianya.
firman Allah ta'ala:
maksudnya: "Orang-orang yang beriman itu sangat mencintai kepada Tuhan".(surah al-Baqarah: ayat 165)
firmannya lagi;
maksudnya: "Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dia mencintainya mereka dan mereka pun mencintai Tuhan". (surah al-mai'dah: ayat 54)
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Cintalah Allah lantaran nikmat-nikmat yang telah dikurniakannya kepada kamu dan cintailah aku kerancinta kepada Allah".
Erti cinta kepada Allah ta'ala ialah apabila hati seseorang hamba merasa cenderong kepada Allah ta'ala,merasa adanya perhubungan rapat dengannya dan bertuhan hanya kepadanya, sebagai khudrat yang Maha Suci dan Maha Tinggi serta di iringi dengan Maha Agung dengan hotmat dan takut kepadanya.,tidak dicampuri sesuatu lintasan penyerupaan dengan yang lain.
Di ingatkan tentang perkara ini disini kerana sesetengah orang ramai yang tiada pandangan batin.Apabila mendengar sesuatu mengenai hal ihwal ahli kecintaan Allah (orang-orang yang sangat rapat hubungan dengan Allah ta'ala) dan perilaku mereka dalam mencintai Allah.Hati dan fahaman mereka ditekan oleh perasaan was-was dan membinasakan.Mereka tidak mengerti bahawa orang yang benar-benar menyimpan cinta kepada Allah ta'ala,nescaya kecintaan itu akan menariknya untuk mengutamakan Allah ta'ala dari selainnya serta membimbingnya untuk berusaha sepenuh tenaga didalam perjalanan yang mendekatkan dirinya kepada Allah ta'ala dan memperoleh keredhaannya.
Di samping itu ia akan terus bersungguh-sungguh mengerjakan ketaatan,membanting tulang untuk berkhidmat kepada Allah ta'ala sekadar kemampuannya seraya membelakangi segala sesuatu yang mungkin melalaikannya dari memperingati Allah ta'alaatau berbakti kepadanya.
REDHA TERHADAP ALLAH TA'ALA
Diantara tanda-tanda besar yang menunjukkan cinta sseorang kepada Allah ta'ala ialah menurut jejak Rasulullah s.a.w.
firman allha ta'ala:
maksudnya: " katakanlah: kalau kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah perintahku,nescaya kamu akan dicintai oleh Allah dan di ampunkan segal dosa kamu dan Allah itu Maha pengampun dan Maha penyanyang".(surah al-Imran: ayat 31)
Memanglah redha kepada Allah merupakan suatu sikap yang mulia lagi tonggi darjatnya.
Orang yang redha kepada Allah s.w.t ialah orang yang menerima dengan tabah segala ketentuan Allah ta'ala.Apa saja yang ditakdirkan oleh Allah mahupun berlawanan dengan cita-cita ataupun tidak di ingini oleh hawa nafsu seperti celaka dalam jiwa dan harta atau bala bencana,kemiskinan dan sempit dalam mata pencariannya,Namun ia tetap sabar dan redha terhadap apa yang di takdirkan oleh Allah.Jiwanya terus tenang dan tidak mengeluh atau bimbang dan tida berganjak walau sedikit pun.Sebab Allah s.w.t berkuasa melakukan segala sesuatu menurut kehendaknya ,taida sesiapa pun yang boleh menentang atau membangkang didalam kekuasaannya.
Hendaklah kamu sentiasa waspada dari ucapan "kalau begitu" atau "mengapa begitu" atau " bagaimana boleh jadi begitu".Hendaklah kamu mengetahui bahawa Allah s.w.t itu Maha Bijaksana dan Maha Adil dalam segala ketentuan dan keputusannya dan bahasanya dia tidak akan menentukan bagi seseorang hamba mu'min dalam sesuatu perkara yang dibencinya, melainkan ada sesuatu sebab yang baik atau kebajikan bagi dirinya.
Ada balasan yang mulia yang tidak diketahui oleh hambanya.Lantaran itu, hamba itu hendaklah menyangka baik terhadap Allah ta'ala serta redha terhadap semua ketentuannya.Kemudian hendaklah ia kembali kepadanya dengan merendah diri dan mengingatkan dirinya bahawa ia sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah s.w.t.Hendaklah ia sentiasa berdiri dihadapannya dengan perasaan hina dan dina, memperbanyakkan pujian dan syukur kepadanya ketika dalam keadaan senang dan susah,ketiaka dalam keadaan mewah dan sempit maka tunjukkanlah segal pujian kepada Allah , Tuhan semesta Alam.
SUMBER: Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Imam.
0 ulasan:
Post a Comment